
Jika anda masih ingat...lau bertajuk Semangat Yang Hilang, dendangan XPDC ini ada benarnya....sebagai insan biasa kita sering berhadapan dengan keadaan semangat dan kepercayaan kita hilang dan membantutkan perkara yang kita hendak laksanakan...Jadi banyak perkara ada mulanya tetapi tidak ada akhirnya atau hasilnya...sebab semangat hilang di pertengahan perjalanan dan tidak kembali lagi...... Sudah tentu anda pernah mengalami situasi ini bukan? Tahukah anda bahawa ada kaedah untuk anda mendapatkan semula semangat tersebut. Semangat tersebut hilang mesti berpunca, ia tidak berlaku tanpa punca...sebagai contoh, saya bekerja sebagai seorang guru, atas situasi menginginkan pendapatan tambahan...saya telah menceburkan diri sebagai jururunding kewangan dengan CIMB Wealth Advisors. Pada awal penglibatan, semangat yang berkobar-kobar, diiringi melihat rakan telah pun mencapai matlamat...walaubagaimanapun semenjak beberapa minggu ini, tuntutan kerja sebagai guru bimbingan dan kaunseling menjadikan tiada ruang masa yang mencukupi untuk berniaga. Keletihan dan kepenatan, semangat tersebut hilang..... Walaubagaimanapun, masih terdapat cara untuk anda mengembalikan semangat tersebut.. Pertama, tatap kembali imej atau gambar yang menjadi impian anda yang sememangnya daapt membekarkan kembali semangat anda...Sebagai contoh saya menanam impian untuk memiliki BMW 330i sport pada tahun Januari 2011. Maka sering saya menatapnya. Bukan kerana saya mata duitan, ada yang mengatakan mengapa tidak menatap wajah anak dan isteri saya, bukankah itu pembakar semangat...iya, anda benar kerana saya juga sentiasa setiap hari saya menatap wajah mereka dan mereka juga turut menjadi pembakar semangat saya. Kedua, anda boleh menggunakan fungsi minda bawah sedar anda untuk mengembalikan semangat anda...bagaimana ya? benarkan saya menunjukkannya.....anda pasti kurang senang dan tidak selesa dengan keadaan anda kini kerana anda bukan lagi sepeti anda yang ketika dahulu yang penuh semangat dan bertenaga... dan anda pasti sangat gembira sewaktu ketika anda mempunyai matlamat yang sangat jelas, bertenaga, bersemangat...kedua-dua gambaran ini boleh membantu......pejamkan mata anda dan lihat situasi anda kini dalam bentuk seperti anda menonton wayang dan kemudian gambaran yang sangat anda suka seperti saya gambar BMW 330i sport itu ditempelkan kecil disisi bawah bahagaian kanan gambaran besar itu. Kemudian anda bunyikan woshhh!! dengan pantas tukarkan gambar BMW 330i sport yang kecil itu menjadi sebesar wayang gambar dan terus menenggelamkan gambaran situasi anda yang tidak bersemangat itu. Lakukan berulang-ulang kali dengan pantas..kaedah ini memerlukan kepantasan..ingat anda perlu membunyikan wooshhh!!! tersebut. anda akan dapati perubahan wujud setelah anda berjaya melakukan dengan berkesan.