Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Naza merupakan tokoh usahawan muda yang telah berjaya mengharumkan nama bumiputera dipersada perindustrian automotif. Siapa tidak kenal kenderaan Naza, meluncur mewah di jalan raya. Bermula sebagai seorang usahawan menjual kenderaan import terpakai, berkat kegigihan dan usaha berterusan. Naza melebarkan empayar sehingga mempunyai kilang pemasangan kenderaan di Gurun, Kedah. Mempunyai pusat jualan kenderaan yang canggih dan mewah serta pelbagai koleksi kenderaan mewah. Lihat sendiri ibupejabat Naza di Jln Raja Muda, Kuala Lumpur. Tersergam mewah dan megah dengan pelbagai koleksi kenderaan import yang hebat. Ketokohan beliau merupakan contoh usahawan bumiputera yang patut dicontohi oleh golongan belia masa kini. Sentiasa mengambil peluang serta produktif dan inovatif, berani dan rajin untuk berjaya di persada perniagaan peringkat local dan internasional.
Disamping itu, Allahyarham juga tidak lupa menyumbang kepada masyarakat. Sumbangan besar seperti menanggung perbelanjaan sebuah sekolah tahfiz di Ulu Langat, menyalurkan derma kepada institusi-institusi masjid dan pertubuhan agama serta kepada masyarakat yang memerlukan menunjukkan bahawa Allahyarham merupakan dermawan konglemerat. Contoh dan teladan ini seharusnya dicontohi oleh semua usahawan bahkan individu-individu sebagai masyarakat yang penyayang.
Kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. Kepada keluarga Allahyarham diharap tabah menghadapi dugaan Allah ini. Setiap yang hidup pasti akan menemui jua Allah S.W.T.
Kepada kita yang masih hidup ini, ingatlah bahawa suatu hari nanti pasti dan pasti kita jua akan menemui Allah S.W.T. pemilik sebenar diri, harta dan masa yang selama ini kita miliki. Jangan lupa kita ada tugas dan tanggunjawab agama yang perlu dipikul sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Kemajuan terbina dengan hebatnya, namun kita terlupa membina kemantapan diri dari aspek jiwa nurani. Amat sedih, walaupun segala-galanya telah ada sempurna namun masih wujud manusia yang masih tidak sempurna tahap kemantapan jiwa, hati dan nurani. Manusia mudah dilemaskan oleh arus kecanggihan dan kemodenan, sehingga melupakan matlamat asal kita sebagai manusia. Justeru perkongsian bicara ini diharap dapat membantu, bukan sahaja kepada pembaca malah kepada penulis yang juga manusia biasa.
Sunday, May 4, 2008
Saturday, May 3, 2008
Pemula bicara

Salam perkenalan dan salam kasih sayang....
Blog ini sebenarnya telah saya bina semenjak dari menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris, namun tiada pengisian di buat kerana masih memikirkan apakah boleh laksanakan menggunakannya.
Namun hari ini, merupakan hari dimana saya telah mendapat ilham perkara yang baik yang dapat saya lakukan menggunakan alatan canggih ini. Sebelum saya bangunkan projeksi saya ini, saya telah membuat sedikit kajian, apakah minat pengguna terhadap peralatan canggih ini. Daripada perhatian saya sememangnya banyak perkara yang menarik minat pengguna seperti perbincangan berkenaan aspek kewangan, perniagaan, teknologi, kesenangan dan pelbagai lagi. Namun dari aspek pembinaan dan pemantapan dari aspek jiwa, hati, motivasi, matlamat amat sedikit dibicarakan.
Melihat kepada kecetakan dan kekurangan perkongsian sebegini maka saya terpanggil untuk mengimarahkan dan memperhebatkan bicara yang menyentuh aspek dalaman. Aspek dalaman merupakan penggerak utama manusia samaada kepada perkara yang membina, positif, kejayaan atau negatif, menjatuhkan dan kegagalan. Aspek dalaman juga merupakan enjin berkuasa kuda yang mampu membawa manusia jauh ke angkasa, menyelam dalam ke dasar lautan, membina empayar, walaupun dari aspek fizikalnya tiada upaya.
Moga saya juga diberikan kekuatan jiwa dan hati yang kental...
Subscribe to:
Posts (Atom)