Sunday, May 4, 2008

Perginya seorang konglemerat bumiputera

Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Naza merupakan tokoh usahawan muda yang telah berjaya mengharumkan nama bumiputera dipersada perindustrian automotif. Siapa tidak kenal kenderaan Naza, meluncur mewah di jalan raya. Bermula sebagai seorang usahawan menjual kenderaan import terpakai, berkat kegigihan dan usaha berterusan. Naza melebarkan empayar sehingga mempunyai kilang pemasangan kenderaan di Gurun, Kedah. Mempunyai pusat jualan kenderaan yang canggih dan mewah serta pelbagai koleksi kenderaan mewah. Lihat sendiri ibupejabat Naza di Jln Raja Muda, Kuala Lumpur. Tersergam mewah dan megah dengan pelbagai koleksi kenderaan import yang hebat. Ketokohan beliau merupakan contoh usahawan bumiputera yang patut dicontohi oleh golongan belia masa kini. Sentiasa mengambil peluang serta produktif dan inovatif, berani dan rajin untuk berjaya di persada perniagaan peringkat local dan internasional.

Disamping itu, Allahyarham juga tidak lupa menyumbang kepada masyarakat. Sumbangan besar seperti menanggung perbelanjaan sebuah sekolah tahfiz di Ulu Langat, menyalurkan derma kepada institusi-institusi masjid dan pertubuhan agama serta kepada masyarakat yang memerlukan menunjukkan bahawa Allahyarham merupakan dermawan konglemerat. Contoh dan teladan ini seharusnya dicontohi oleh semua usahawan bahkan individu-individu sebagai masyarakat yang penyayang.

Kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. Kepada keluarga Allahyarham diharap tabah menghadapi dugaan Allah ini. Setiap yang hidup pasti akan menemui jua Allah S.W.T.


Kepada kita yang masih hidup ini, ingatlah bahawa suatu hari nanti pasti dan pasti kita jua akan menemui Allah S.W.T. pemilik sebenar diri, harta dan masa yang selama ini kita miliki. Jangan lupa kita ada tugas dan tanggunjawab agama yang perlu dipikul sebagai khalifah Allah di muka bumi.

No comments: