- Berhenti mendengar kata-kata negatif daripada orang-orang yang negatif.
- Jadikan pengalaman lepas sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan, bukan menjadikan anda hilang akal.
- Hadapilah ketakutan anda dengan mengenalpasti cabaran anda. Carilah mentor kejayaan anda dan dapatkan nasihat mereka. Mentor kejayaan anda mestilah mereka yang positif dan memahami apa yang anda usahakan, bukan dengan mereka yang negatif.
- Buangkan segala kekecewaan anda. Pandang kehadapan dan maafkan kesalahan diri anda dan orang lain. Teruskan hidup anda mengejar impian dan usahakan dengan cara yang betul.
Kemajuan terbina dengan hebatnya, namun kita terlupa membina kemantapan diri dari aspek jiwa nurani. Amat sedih, walaupun segala-galanya telah ada sempurna namun masih wujud manusia yang masih tidak sempurna tahap kemantapan jiwa, hati dan nurani. Manusia mudah dilemaskan oleh arus kecanggihan dan kemodenan, sehingga melupakan matlamat asal kita sebagai manusia. Justeru perkongsian bicara ini diharap dapat membantu, bukan sahaja kepada pembaca malah kepada penulis yang juga manusia biasa.
Sunday, October 21, 2012
EMPAT CARA TERBAIK MEMBINA KEYAKINAN DAN MENGATASI KETAKUTAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment