Semenjak dari 2 hari lepas keadaan kesihatan saya terganggu akibat jangkitan kuman pada tekak, kesan jangkitan merebak sehingga seluruh badan terasa sakit bisa-bisa dan deman. Baru terasa nikmatnya sihat.
Pada ketika ini, saya teringatkan sewaktu saya ditahan di wad beberapa tahun yang lepas akibat TB amat menyeksakan. Pembedahan kecil dibuat di katil sahaja. Pandangan saya pembedahan kecil tidak menyeksakan namun saya silap sama sekali. Alat besi panjang dicucuk ke dalam badan saya sehingga ke bahagian paru-paru. Saya hampir pengsan dengan prosidur yang dilakukan. Maklum doktor pelatih yang seramai 3 orang ia bagi mengambil sampel tisu pada paru-paru. Alhamdulillah, sekarang saya telah pulih.
Haa.. sebenarnya saya nak berkongsi tentang maklumat yang saya perolehi dari sesi perjumpaan saya dengan jururawat yang menhambil butir diri saya serta pegawai pemakanan. Saya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pekan Nenas. Waaa... dah semakin bagus perkhidmatan mereka. Ruang menunggu giliran telah diluaskan. Jadi ramailah yang boleh duduk semasa menunggu angka giliran dipaparkan pada kotak digital untuk sesi rawatan dengan pegawai perubatan atau pembantu pegawai perubatan.
Sewaktu sedang menunggu giliran, saya telah dipanggil oleh jururawat yang manis. Timbangan berat badan saya diambil, kemudian tekanan darah tinggi diambil. Mengejutkan juga sebab bacaan mencecah 120/90 ... tinggi bukan? a sudah tinggi.. Berat badan pula 121kg. Timbangan berat masih sama semenjak tahun 2010. Maintain jugak yerrrr.... hehe sebenar dalam tempoh tersebut angka nombor kg tu dah pernah mencecah 130Kg... Namun berkat bulan puasa dan kawalan makanan dah kembali angka tu kepada 121kg..
Nasihat jururawat manis itu (saya simpulkan) jagalah makan dan bersenam. Saya terima nasihatnya sebab badan saya masih gemuk. Namun kini saya mengamalkan teknik dalam Law of Attraction bagi mencapai kembali berat ideal saya iaitu 73kg. Teknik amat berkesan beberapa kali kepada saya, dan kini saya mengusahakan untuk masalah berat badan saya. Jika anda hendak tahu apa itu konsep dan kaedah Law of Attraction, disini saya paparkan
http://www.abraham-hicks.com/lawofattractionsource/index.php
Setelah diambil butir diri kesihatan, jururawat tersebut membantu saya berjumpa dengan pegawai pemakanan yang berada di klinik ibu mengandung (sebelah bangunan jer). Peluang berjumpa dengan pegawai pemakanan ini saya ambil dengan sespenuhnya untuk mendapatkan maklumat tentang cara pemakanan diet saya sekarang ini. Untun pengetahuan, usaha menjaga diet saya ini telah brmula semenjak selepas raya 2012. Usaha bagi mengembalikan tahap kesihatan yang optimum untuk saya.
Antara saranan pegawI pemakanan tersebut, makan buah sebelum makan....Waaaaaahhhh! Memang benarlah, sebab junjugan nabi S.A.W juga menyarankan makan buah sebelum makan. Buah yang sesuai untuk dimakan ialah epel hijau, epel merah dan oren. Buah tropika tidak sesuai sebab tinggi kandungan gula. Makan buah ini pun hanya sekadar 2 biji sehari.
Jika anda juga mahukan berat bacan yang ideal mungkin anda boleh mulakan dengan usaha ini,tinggalkan minum air manis. Menurut pegawai tersebut hasil kajian menunjukkan jika pengambilan gula ditinggalkan selama setahun berat badan kita boleh turun sebanyak 12kg..hah apa lagi...mailah join....Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment