Stesen tv, media cetak akhbar dan majalah tidak pernah sepi dengan iklan komersial. Malah dengan meningkatnya kemasukan iklan bermakna meningkatlah keuntungan mereka. Pengusaha perniagaan juga akan berusaha untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka, kerana mereka jelas tentang kuasa tarikan yang boleh diberikan oleh media massa.
Tujuan artikel ini, bukanlah kerana perasaan tidak puashati saya terhadap media massa, atau untuk memboikot media massa. Namun hakikat dan realiti perlu saya terbitkan disini agar memberikan peluang untuk pembaca untuk membuat pilihan.
Saya sentuh dahulu berkenaan iklan komersial melalui media tv, yang hanya ditayangkan beberapa saat tetapi secara kerap. Mengapa ya? Kekerapannya sehinggakan walaupun kita tidak menonton namun hanya mendengar suara atau irama iklan sudah kita kenali apakah iklan tersebut dan cukup,membuatkan kita tertarik kepadanya. Kekerapan tayangan menjadikan tanpa kita sedari ia telah di simpan didalam minda bawah sedar kita.Sesuatu perkara untuk masuk ke dalam minda bawah sedar perlu dihantar secara kerap, jika tidak ia hanya sekadar sampai pada minda sedar.
Untuk memudahkan anda memahami, saya bagi contoh sebegini, pada kali pertama kita memandu kenderaan, kita masih menggunakan sepenuhnya minda sedar kita untuk kita mengingat setiap proses sehingga kereta boleh bergerak. Kita perlu pakai tali pinggang, kemudian betulkan cermin sisi dan belakang, hidupkan enjin, tekan pedal clatch, masuk gear 1, perlahan-lahan lepaskan pedal clatch dalam masa sama perlahan-lahan tekan pedal minyak dan dalam masa yang sama turunkan brek tangan. Alangkah seksanya, banyak perkara hendak dikawal dalam masa yang sama. Sehinggakan ada sesetengah pemandu baru apabila hendak menukarkan gear, pergerakan kenderaan lari dari laluannya.
Namun, apa yang terjadi kepada pemandu novis dan expert. Semua perkara itu, sudah tidak perlu dikawal. Secara langsung ia bergerak mengikut prosidur, sehinggakan bila dah terlalu expert perjalanan pulang tidak sedari langsung, tiba-tiba dah sampai rumah kerana mengelamun entah kemana sewaktu memandu tadi. Apa yang mengawalnya pula kalau bukan kita, itulah minda bawah sedar kita yang lakukan tugasnya.
Sama jugalah jadinya dengan iklan yang kerap ditayangkan, walaupun anda tidak menontonnya cukup sekadar anda melihatnya sekali dan kemudiannya mendengarnya berulang kali sudah menjadikan gambaran jelas terbina didalam minda bawah sedar anda dan juga membina keinginan untuk memperolehkan produk tersebut. Sedangkan hakikatnya anda tidak perlukannya, anda masih mempunyai produk seumpamanya yang sudah memadai, namun kesan terbinanya gambaran produk pada minda bawah sedar, maka anda belilah.
Pembaziran wang pun berlaku. Mengapa perlu mempunyai terlalu banyak kasut, minyak wangi, baju, jam, pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga (lebih-lebih pulak saya ni) dan sebagainya. Dengan membuang tabiat membeli untuk gaya bukan untuk keperluan. Anda boleh berjimat banyak wang ringgit untuk masa depan anda dan anak-anak. Anda juga boleh membuat pelaburan untuk menjana wang ringgit hasil penjimatan anda berbanding jika ia ditukarkan kepada produk yang sekadar untuk memenuhi gaya anda.
Sebagai contoh mudah, anda sudah mempunyai minyak wangi yang harum dan masih banyak berbaki, namun kerana kuasa iklan minyak wangi jenama lain yang memaparkan jejaka tampan bersama gadis jelita terjun berenang ke dalam lautan. Wahhhh! bergaya dan seksi ya...Maka anda pun terpukau untuk memiliki produk tersebut.
Disamping itu, jika kita perhatikan. Kebanyakan iklan komersial juga filem dan drama akan menggunakan model atau pelakon yang jelita, tampan, badan yang menarik, tegap dan indah-indah belaka. Tiada pun model dan pelakon yang berbadan seperti saya diambil. Tak laku agaknya produk mereka nanti jika saya diambil jadi modelnya. Namun hakikatnya dan realitinya rakyat Malaysia kebanyakannya berwajah biasa dan bertubuh biasa. Kesannya, penonton yang menonton akan mengalami gangguan emosi, perasaan, pemikiran untuk memperolehi susuk tubuh dan indah wajah seperti yang dilihatnya. Bagaimana ya! Wajah saya yang berkulit gelap hendak di cerahkan? Macamana ya! hendak memiliki tubuh sebegitu?
Kesannya, emosi kita marah, kecewa dan berduka yang boleh memudaratkan sehingga menjadi depresi. Sehingga ada individu kecewa gagal mencapai susuk wajah dan badan idaman makan lebih banyak, katanya "mengubat hati yang kecewa". Ada juga yang sudah bosan dengan berdiet cara yang baik bertukar mengambil pil kurus atau ubat kurus untuk lebih cepat kurus, tetapi penyakit lain yang datang sehingga memudaratkan diri. Ada yang maut dan semuanya kerana hendak cepat kurus untuk tampak kacak gaya Aeron Aziz atau secantik Maya Karin atau juga Lisa Surihani.
Macamana pula ya dengan surat khabar? Sewaktu saya mengikuti program Millionnaire Mind Power, saranan Dato Dr Ibrahim agar jangan dibaca akhbar di awal pagi, mengapa ya? Sebabnya jika kita baca akhbar, amat kurang sekali beritanya yang sangat menggembirakan kita, kebanyakannya adalah berita kematian, rompakan, peperangan, ragut dan sebagainya.
Soalan saya pada anda. Apa bezanya jika anda membaca akhbar berbanding buku motivasi atau al-quran? Anda pasti akan rasa bezanya. Cubalah, pasti anda setuju dengan saya. Saya ceritakan dahulu bezanya, nanti anda rasakan sendiri ya.
Setelah anda membaca akhbar, anda pasti akan rasa risau tentang keselamatan anda, kewangan anda, persekitaran anda. Jika anda membacanya diawal pagi, seluruh hari anda mungkin akan diganggu dengan kerisauan dan kebimbangan. Kerisauan dan kebimbangan akan menghasilkan tenaga negatif yang langsungnya memberikan kesan kepada dalaman anda iaitu pemikiran dan perasaan. Hasilnya tindakan anda juga terpengaruh dengan apa yang anda rasa dan fikirkan.
Manakala jika anda membaca buku motivasi, atau membaca al-quran anda akan berasa semangat yang berkobar, perasaan hebat, pemikiran yang cergas dan positif, hati yang tenang, aman dan berkeyakinan. Mengapa? Kerana kata-kata dan ayat-ayat yang menghasilkan tenaga positif kepada anda secara dalaman dan luaran. Hasilnya mungkin sepanjang hari anda akan postif dan bersemangat.
Isteri saya bertanya kepada saya jika tv tak boleh ditonton dan akhbar tak boleh dibaca, apa yang boleh dibuat? ada pilihan lain untuk anda jika anda mengambil berat tentang apa yang saya katakan ini. Anda masih boleh mendengar radio, kerana kesannya sangat kurang atau anda boleh melayari internet kerana di internet anda boleh mengawal apa yang anda hendak baca dan lihat.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment