Apakah perasaan anda
sekiranya anda mempunyai formula berkesan untuk memanifestasikan hajat yang
anda mahukan? Tidak kira jika anda sudah mempunyai atau pun tidak. Disini ingin
saya kongsikan dengan anda formula memanifestasikan hajat anda.
Kaedah ini memerlukan
anda mempunyai tenaga positif yang tinggi untuk mencapainya. Semua perkara yang
ada disekeliling kita mempunyai tenaga samaada tenaga negatif atau positif.
Jika anda mempunyai tenaga positif maka hasilnya juga akan positif. Sebagai
contoh, perbualan atau pergaulan dengan rakan yang bercakap perkara yang tidak
baik, mengumpat, menghina, mengutuk, tiada semangat hidup merupakan individu
yang dikelilingi aura negatif. (apa itu aura ada diterangkan disini) Sebaliknya
jika kita ke masjid, mendengar ceramah, membaca buku motivasi, menghirup udara
segar di taman,menanam pokok bunga,mendengar musik yang menenangkan mempunyai
tenaga positif yang boleh dipindahkan kepada diri kita.Oleh itu hindarilah ke
tempat seperti pub, disko, cyber café kerana tenaga negatif yang tinggi di
tempat sebegini.
Tenaga negatif yang
tinggi akan menyebabkan hasil negatif kepada diri kita seperti hutang,
kecelaruan, tidak sihat, tidak yakin diri yang akan membebani hidup kita. Ada
satu kisah, dialami sendiri oleh pelajar saya. Dia masuk kebilik kaunseling dan
duduk dihadapan saya lalu memberitahu “ cikgu, saya kalau berkawan dengan si A
ni saya rasa tak senang hati, saya takut nanti saya akan jadi balik macam dulu.
Tu yang saya nak larikan diri dari berjumpa dengan si A ni. Memang masalah berkawan
dengan dia. Nanti dah susah nak pergi sembahyang kat masjid” Sehingga ke hari
ini dia masih berusaha menjauhkan diri dia dengan si A. Saya amat setuju dengan
sikap sebegini. Pelajar ini telah memiliki tenaga positif yang tinggi hasil
interaksinya dengan persekitaran yang wujud tenaga positif.
Baik, bagaimana cara
cepat untuk mencapai tenaga positif yang tinggi. Sewaktu saya mengalami
kesusahan kewangan suatu ketika dahulu akibat kegagalan dalam perniagaan serta
tanggungan hidup yang tinggi. Kerunsingan untuk mengatasi masalah telah
membukakan jalan kepada kaedah ini. Kaedah pantas untuk mengumpul tenaga positif.
Kaedah ini terbukti berkesan kepada diri saya sendiri sewaktu menghadapi
peperiksaan, berhadapan dengan masalah kewangan, menghadapi kerunsingan, sakit,
mengeratkan hubungan suami isteri, mendapatkan idea, menjalankan perniagaan.
Di bawah ini saya
senaraikan dalam bentuk jadual dimana wujudnya tenaga positif juga tenaga negatif.
TENAGA POSITIF
|
TENAGA NEGATIF
|
|
1
|
Masjid /rumah agama
|
Kelab malam
|
2
|
Perpustakaan
|
Rumah pelacuran
|
3
|
Buku-buku ilmiah
|
Majalah berunsur lucah
|
4
|
Al-Quran / kitab agama
|
Asap rokok
|
5
|
Rumah yang mempunyai perkara yang menenangkan diri
anda.
|
Rumah yang berselerak dan kotor.
|
6
|
Wangian
|
Bau busuk
|
7
|
Berzikir
|
Television
|
8
|
Solat fardhu dan sunat
|
Fikiran negatif
|
9
|
Kata-kata positif
|
Kata-kata negatif
|
10
|
Muzik yang menenangkan
|
Api
|
11
|
Berdoa
|
Minuman keras
|
12
|
Bersujud
|
|
13
|
Taman bunga
|
|
14
|
Sungai yang bersih
|
|
15
|
Udara nyaman
|
|
16
|
Bersenam
|
Usahalah untuk
mengumpul seberapa tinggi tenaga positif kepada diri anda dan anda akan melihat
keberkesanannya nanti. Kembali kepada kaedah paling berkesan memperolehi tenaga
positif. Tenaga positif paling cepat apabila kita bersolat, berzikir dan
membaca al-quran atau kitab agama. Anda akan lihat tanda bantuan atau jawapan
kepada permohonan anda untuk dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk dan jalan.
Namun jangan berharap untuk mendapat wang RM10 untuk makan dan selapas bermohon
nota RM10 akan jatuh dihadapan anda. Kebiasaannya ia datang dalam bentuk
peluang atau jalan yang anda harus ambil untuk mencapai hajat dan keinginan
anda. Ambillah peluang itu dan berusahalah bersungguh-sungguh dan pasti hajat
yang anda pinta akan tiba juga.
Seorang peserta
kursus saya berkongsikan pengalaman berhadapan dengan masalah kewangan bagi
mengubati anaknya yang baru dilahirkan menghadapi komplikasi kesihatan yang
memerlukan belanja rawatan yang tinggi bagi melakukan pembedahan serta
keperluan ubat-ubatan. Namun usaha mencari penderma berhasil setelah melakukan
kaedah ini.
Percayalah bahawa
tenaga positif akan menghasilkan persekitaran yang positif untuk anda. Manakala
kesan tenaga posif boleh mengakibatkan pelbagai perkara negative berlaku kepada
diri anda. Perasaan marah, fikiran bercelaru memikirkan masalah, yang akhirnya
boleh mendatangkan mudarat kesihatan seperti kanser, kecelaruan minda dan
pelbagai lagi.
No comments:
Post a Comment